Wednesday, 23 September 2015

BERKORBAN DEMI KEJAYAAN

Dalam mengejar cita, kita perlulah berkorban bagi mencapai matlamat kita.
Maksud sebanar berkorban adalah kita sanggup buat apa sahaja untuk mencapai maksud hidup @ tujuan hidup. Ianya bukan keinginan untuk hidup tetapi tujuan sebenar untuk kita hidup.
Kejayaan bukan sesuatu benda yang mudah kita dapat. Ia memerlukan pengorbanan masa , tenaga dan wang ringgit kita. Contohnya, kita mahu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kita perlu mengorban masa kita untuk belajar dan wang ringgit untuk membeli alatan pembelajaran kita. Jika kita tidak mahu berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit demi kejayaan kita tiada orang yang dapat membantu kita mencapai kejayaan kita. Pengorbanan yang dilakukan kini mungkin perit bagi sesetengah individu tetapi hasil yang diperolehi masa akan datang mungkin membahagiakan diri kita. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. 


"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN"

OBSESS

Obsess atau dalam bahasa melayu nya bermaksud taksub. Obsess ini ada baik dan buruknya. Ia bergantung kepada individu tersebut mengawal emosinya. Obsess menjadi baik jika sesuatu yang dia taksub itu mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Misalnya, seorang pelukis yang terlalu obsess menghasilkan karya seni yang menarik dan penuh maksud yang tersirat terhadap lukisan tersebut ia mungkin akan mengembirakan orang yang mencintai seni serta dapat menambah pendapatannya sendiri. Keburukannya pula, apabila terlalu obsess terhadap sesuatu mungkin ia akan mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Misalnya, seorang pelukis terlalu taksub dengan karyanya sehingga dia mengabaikan keluarganya. Mungkin dia juga akan bermusuhan dengan persaingnya sehingga berbunuhan dan membuat orang lain menderita. Kesimpulannya, boleh kita nak obsess terhadap sesuatu tetapi kita mesti mengawal emosi kita. Jangan biarkan emosi menguasi diri kita. Semoga kita hidup dalam keadaan aman dan damai.