Siapa kita pada 5 atau 10 tahun akan datang?
siapa kita bergantung pada diri kita hari ini.
dimana kita bermula tidak penting tetapi dimana perakhiran kita itu penting.
tindakan kita mempengaruhi masa depan kita.
kita perlu berani membuat keputusan. jangan takut membuat keputusan. mungkin satu keputusan yang nampak remeh akan mengubah masa depan kita.
membuat keputusan yang fokus kepada matlamat kita.
hidup ini umpama roda kadang dibawah kadang diatas.
jangan cepat putus asa malahan terus kan usahasehingga berjaya.
sesuatu yang kita mahu mungkin tidak akan tercapai jika kita hanya duduk bergoyang kaki sahaja.
kita perlu berusaha dengan berterusan sehingga kita berjaya.
jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja.
mungkin kita tidak tahu apa yang terjadi masa akan datang. cuba kita ingat kembali siapa kita pada 10 tahun lalu atau 5 tahun lalu.
mungkin kita insan yang lemah atau kuat tetapi dimana kita sekarang. mungkin pada masa itu kita hanya pelajar darjah 3 yang tidak didedahkan dengan dunia luar atau dunia sebenar. pada masa itu kita asyik bermain, bersuka ria dan tidak perlu memikirkan masalah.
lihatlah sekarang kita sudah berada di menara ganding.
mungkin kita tidak tahu pada masa itu yang kita akan berada di menara gading sekarang.
mungkin satu tindakan yang kita buat pada masa itu sehinggakan kita berada disini.
betapa besarnya kesan kuasa tindakan kita yang boleh mengubah kehidupan kita.
jika kita masih tidak berjaya pada masa kini, kita masih ada perlu untuk berjaya. teruskan berusaha dan berusaha sehingga berjaya.
aturkan strategi yang betul.
biar la kita menuntut ilmu sehingga ke nafas terakhir kita.
tiada insan yang sempurna.






