Apa itu Mentor? Mentor daripada sudut bahasa bermaksud penasihat. Mentor adalah seorang yang bijak, pandai mengajar, mendidik, membimbing, membina dan melatih dalam sesuatu bidang. Secara istilah,ada beberapa definisi mentor yang berbeza , salah satu daripadanya ialah Shahizan Hasan dan Tsai Chen Chien mendefinisikan mentoring sebagai proses yang melibatkan pelbagai aspek termasuk kemahiran oleh seseorang yang berpengalaman melalui bimbingan, pendidikan dan latihan kepada orang lain bagi tujuan pembelajaran.
Adakah kita perlu seorang mentor dalam kehidupan kita? Ya. Kita memerlukannya. Setiap bidang yang kita ceburi sepatutnya memiliki seorang mentor. Misalnya, kita ingin membuka sebuah bakeri maka kita perlu mencari seorang mentor yang pakar dalam bidang bakeri dan telah terbukti berjaya. Jika kita mencari mentor bukan dari bidang tersebut mungkin perniagaan bakeri kita kurang berjaya kerana mentor kita bukan pakar dalam bidang tersebut. Kita perlu berusaha mencari mentor yang terbaik dalam bidang yang kita ceburi sebagai langkah panduan kerjayaan kita dengan mengorban masa, tenaga dan wang ringgit.
Apabila kita mendapat bimbingan yang betul dan sepatutnya ia akan meningkatkan lagi pengetahuan kita tentang bidang yang ceburi.

No comments:
Post a Comment