Friday, 27 November 2015

Media Sosial

Media Sosial hari ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Pelbagai media sosial baru yang ada pada hari ini.
Media sosial mempunyai kebaikan dan keburukannya.

Antara media sosial yang popular kini seperti:
Hasil carian imej untuk media sosial
FACEBOOK


Hasil carian imej untuk media sosial TWITTER
TWITTER


Hasil carian imej untuk media sosial instagram
INSTAGRAM


Hasil carian imej untuk media sosial wechat
WECHAT


Hasil carian imej untuk media sosial wHATSAPP
WHATSAPP


Hasil carian imej untuk media sosial TELEGRAM
TELEGRAM


Hasil carian imej untuk media sosial TELEGRAM
BANYAK LAGI YANG ADA PADA MASA KINI


Apa itu media sosial?
Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.


Kebaikan Media Sosial
Alat menbantu Pendidikan
Alat Perhubungan
Alat Pemasaran Produk
Alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. 
Alat untuk memantau pergerakan anak-anak.
Perkongsian Maklumat

Keburukan Media Sosial
 Pembaziran masa
Mengurangkan produktiviti.
Penipuan Penipuan 
 Pencerobohan akaun
 Media sosial boleh menimbulkan fitnah
Kebocoran maklumat
Kesimpulannya guna lah media sosial  secara baik  untuk kebaikan dan dapat membantu orang lain.
Setiap perkara dan benda ada baik buruk nya ia bergantung kepada kita yang mengunakannya...

Nostalgia

Nostalgia ialah merindukan sesuatu yang telah lalu atau kata mudahnya kenangan lama.

Nostalgia ooo Nostalgia...
Teringat zaman kanak-kanak dulu perbagai permainan aku main. tak tahu la zaman budak-budak sekarang ada lagi ke tak.
zaman budak budak lahir sebelum tahun 2000


yang nie time kecik dulu 20 sen dapat 3.
pakat lawan tiup sapa paling besar dia hebat siap boleh buat macam macam bentuk lagi.


yang nie pulak permain tudung botol kaca.
pakat duk kumpul tudung botol semata-mata nak main benda nie.
asal cikgu x da dalam kelas mula la operasi permainan nie..hehe..
balik kampung pon pakat duk main dengan sepupu sepapat.



aci menyorok. 
yang bila main yang merata tempat jadi tempat persembunyian..
kalau ada katil, menyorok bawah katil yang menakutkan pon jadi.


kapal terbang permainan yang agak moden dari kapal terbang kertas buat sendiri..
sanggup x makan sebab nak beli benda nie...


rancangan tv yang best time zaman budak-budak dulu..
sempat merasa jugak la. sekarang dah x dak.
belajar sifir...

yang selalunya benda yang wajib ada dalam kotak pencil budak perempuan.
sebab apa, kebanyakan budak perempuan guna untuk pembetulkan todak tudung dia... haha...
time aku sekolah dulu benda nie satu 20 sen tah la sekarang berapa sen satu...
so hilang senang nak beli bab murah ja.


yang adik aku suka main sorang-sorang dia. aku pon x faham apa dia main. mungkin dia laki aku nie perempuan mana la aku nak layan main perang patung nie...

aiskrim memang makanan harian time zaman kecik dulu.
sambil main makan benda nie. satu 10 sen jer dulu...
paling sedap perisa jagung.. hehe...
kalau sekarang aku rasa masih ada tapi dah mahal..
zaman dah berubah...

yang betul legend punya... sekarang mungkin tersesat permainan game nie..
kebanyakan budak zaman sekarang dah tau main game. maklum la masing masing ada ipad la , tab la dan smartphone la...
time aku dulu lau ada game nie pakat berebut nak main nak tengok sapa hebat.. hehe..


permainan time bosan cikgu x masuk kelas....


bila rasa nak jadi polis main benda nie...


adik aku sanggup x makan semata-mata nak beli pemadam cam nie banyak-banyak.
sampai besar pon bila jumpa pemadam nie dia masih duk main walaupun sorang-sorang.


kad donkey
kad happy family
duk main time petang...


yang kereta mainan ada engine pasang sendiri. boleh belajar kreatif dari pasang benda nie la..
pastu lawan race dengan kawan-kawan sapa paling laju...

time bulan merdeka ada la jual benda nie.. 
semangat kemerdekaan gitu..
padahal budak budak zaman tu nak sangat rasa coklat warna-warna tu...


Sebenarnya banyak lagi perkara/benda yang menjadi nostalgia dalam kehidupan kita.
Mungkin kita mahu patah balik ke zaman dulu tapi ingat lah hidup ini harus diteruskan.

Sunday, 22 November 2015

KOTAK PENSIL

KOTAK PENSIL mungkin boleh dijadikan kenangan. hobi mungkin.
tanpa kita sedar kotak pensil telah banyak jasa kepada kita.
sejak bila lagi kita mula guna kotak pensil.
mungkin sejak kita ada pensil warna, pen dan sebagainya masa kecik.
tak pun time nak masuk tadika atau darjah satu.
selalunya yang terlalu obses dengan kotak pensil nie budak perempuan macam-macam design kotak pensil dia beli sat sat tukar baru. kalau budak laki pulak awal tahun ada kotak pensil akhir tahun beg sekolah jadi kotak pensil. 

antara yang popular masa zaman sekolah rendah dulu.
mesti ada gambar kartoon, design pelik pelik. kotak pencil bertingkat. ada pengasah pensil tempat letak dan sebagainya. 

jom layan gambar dulu..

Hasil carian imej untuk kotak pencil
yang budak budak memang suka beli yang nie.
tapi aku tak la minat nak beli masa sekolah dulu hehe...


Hasil carian imej untuk kotak pencil
yang jenis nie besa guna...
tapi corak lain sikit mickey mouse gitu...


Hasil carian imej untuk kotak pencil
yang bila tengok kawan bila dia pon nak beli..
trend zaman tu..



Hasil carian imej untuk kotak pencil
yang macam pernah guna masa darjah 5 dan 6
tapi masuk sekolah menengah rasa semak pulak bila guna cam nie


Hasil carian imej untuk kotak pencil
masuk sekolah menengah tukar design simple ja
sampai satu tahap malas nak kotak pencil besar besar jadi macam hat bawah nie

Hasil carian imej untuk kotak pencil
muat 3 pen , 1 pemadam, pembaris. sangat simple...


dah masuk time banyak keperluan kotak pensil pon bertukar besar balik
Hasil carian imej untuk kotak pencil

Hasil carian imej untuk kotak pencil

Hasil carian imej untuk kotak pencil

selagi muat untuk kalkulator selagi la menjadi pilihan hati.

kotak pensil mungkin penting bagi seseorang. kerana dia memudahkan kita ingat kat mana pen pensil bila kita memerlukannya. 
boleh jadi tempat letak sampah kecil sementara.. hehe..
bagi orang yang tak suka buang sampah merata-rata.

miskipun dah dewasa pon kotak pensil masih diperlukan 
sekurang-kurangnya macam yang bawah adik-beradik kepada kotak pensil.
Hasil carian imej untuk kotak pencil

Hasil carian imej untuk kotak pencil

semoga kita sentiasa menghargai jasa kotak pensil.




TIKAM

tikam???
peribahasa berkaitan tikam ialah tikam belakang.
tikam belakang dalam kata mudah pembelot atau pengkianat.

sakit ke bila kena tikam belakang nie??
siapa yang dah pernah rasa tahu la rasa dia macam mana.
paling menyakitkan bila orang yang paling rapat, sayang dan sebagainya yang tikam belakang.
bila orang yang kita paling percaya menjadi pembelot kepada diri kita ia sangat kita tidak boleh terima. 

Sebab apa punya berlaku tikam belakang.
pertama orang tu memang dah niat nak sakitkan hati kita dari awal.
kedua, iri hati menyebabkan orang rapat pon boleh jadi pembelot. betul kata perpatah rambut sama hitam tapi hati lain lain.
ketiga, untuk kesenangan diri pembelot itu sendiri ( pentingkan diri sendiri).
keempat, tiada rasa berdosa dalam diri.
kelima, tamak. orang yang tamak selalunya memang sanggup buat apa sahaja.
banyak lagi tapi setakat nie ja kot sebab tikam belakang.

pengalaman kena tikam belakang.
rasa dia memang sangat sakit. sekali kena dengan orang tu mungkin nak tengok muka pun susah.
ye la bila tengok sakit hati bertambah sakit, habis hilang mood nak belajar. kena la elak tengok orang tu dalam masa yang panjang tapi apa kan daya, seteruk mana pun kesalahan orang tu kita perlulah memaafkan dia. kalau kawan rapat mungkin tak akan rapat seperti dulu lagi kena la berhati-hati mana nak tau ada udang sebalik mee.

al kisah, kita punya jaga hati dia, tolong bila dia susah, bantu dia dalam pelajaran dan layan dia rapat bagai isi dengan kuku. tapiiiiii belakang kita dia duk p cerita pasai sikap buruk kita kat orang lain. rahsia yang mana dia tau habis duk p cerita kat orang. yang paling best kita tolong dia bagai nak rak dia boleh duk p jaja kat orang lain kata kita nie sombong tak tolong dia. kalau tak cerita kata yang kita tolong dia tak pa bukan kisah sangat pon nie bukan duk p kata dia mintak tolong pastu kita tak tolong hat nie rasa nampak sangat pentingkan diri sendiri.

sebagai manusia kita memang la perlu tolong menolong orang lain tapi kita kena berhati-hati 
jangan jadi terlalu lurus bendul sehingga orang mengambil kesempatan ke atas diri kita.
lagi satu jangan la kita hancurkan persahabatan dan kepercayaan orang kepada kita disebabkan sikap diri yang iri hati dan tamak.


Friday, 13 November 2015

SAYANG

SAYANG MERUPAKAN SATU PERKATAAN MEMPUNYAI BANYAK MAKNA.
 menurut kamus pelajar rasa kasih dan sayang, perasaan sayang, cinta kasih.

SAYANG
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik)
2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa,)

DALAM HIDUP MANUSIA NIE BANYAK SAYANG DIA

TAPI KALI NIE AKU JUST NAK TULIS PASAL SAYANG BERSINONIM DENGAN SUKA.

DALAM HIDUP AKU BANYAK BENDA YANG AKU SAYANG. AKU AKAN SIMPAN WALAUPUN BENDA TU DAH ROSAK MACAM JAM TANGAN

SEBAB APA ??

SETIAP BENDA YANG AKU DAPAT TU BERNILAI BAGI AKU..
MACAM JAM TU  AKU MASIH SIMPAN SEBAB HADIAH BIRTHDAY AKU MAK AKU BAGI . KEBANYAKAN BENDA YANG AKU SAYANG GILA HADIAH BIRTHDAY AKU TAPI YANG SEDIH SALAH SATU HADIAH BIRTHDAY AKU DAH KENA KEBAS. AKU SAYANG GILA KOT TAPI NAK BUAT CAM MANA DAH AKU CUAI.

SELAIN HADIAH BIRTHDAY AKU SANGAT SAYANG BENDA YANG AKU BELI DENGAN DUIT AKU KUMPUL. PENAT KOT JAGA DUIT SUPAYA TAK BOCOR. ORANG NAMPAK JA MACAM SENANG NAK MILIKI SESUATU TAPI HAKIKAT NAK DAPAT TU BUKAN MUDAH. MASA TIME SEKOLAH DULU AKU NIE JARANG SANGAT NAK MINTAK DUIT LEBIH KAT FAMILY SO MACAM MANA AKU NAK BELI SESUATU YANG AKU MINAT TU. DUIT BELANJA YANG AKU DAPAT TU AKU BUAT MODAL BERNIAGA. MASA TIME ASRAMA BISNES MEE SEGERA PALING BEST.

UNTUNG DARI BISNES TU LA AKU BELI BENDA YANG AKU NAK.
RASANYA SAMPAI SEKARANG BENDA YANG AKU BELI DENGAN  KUMPUL DUIT MASIH ELOK..
SEBAB APA AKU AKAN BELI SESUATU BENDA DENGAN KUALITI YANG TINGGI. TAK KISAH LA MAHAL KE TAK. 
KUALITI NOMBOR 1 
HARGA NOMBOR 2

KAWAN MASA SEKOLAH DULU SELALU KATA 'HANG X PA LA ANAK ORANG KAYA'
HAKIKATNYA AKU ASAL DARI KELUARGA BIASA JA.
NAMUN BILA SEMANGAT NAK KAN SESUATU AKU AKAN BERUSAHA DAPATKAN DENGAN CARA YANG BETUL.

BILA KITA RASA BETAPA SUSAH NYA NAK DAPATKAN SESUATU ITU BARU KITA NAK HARGAI NAMUM WALAUPUN BENDA YANG TIDAK NAMPAK NILAI NYA JUGA KITA PATUT HARGAI, 

BALIK KEPADA TAJUK SAYANG 
SAYANG TAK SEMESTINYA KEPADA SESEORANG
NAMUN BOLEH JADI KEPADA YANG LAIN SEPERTI ALAM DAN BENDA.
SAYANG SATU PERKATA MEMBAWA SERIBU MAKNA..

CUTI

CUTI...

APA ITU CUTI BAGI ANDA SEMUA??
BAGI AKU CUTI MASA UNTUK BEREHAT SEKETIKA...

APA YANG DILAKUKAN MASA CUTI???
BAGI AKU LA..

CUTI ADA TIGA,
PENDEK
TENGAH TENGAH
PANJANG

YANG PENDEK SELALUNYA REHATKAN MINDA BUAT SEMENTARA KUMPUL SEMANGAT NAK SAMBUNG STUDY

KALAU YANG TENGAH TENGAH TU AKU BALIK KAMPUNG 
LUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA
LAGI PON BUKAN SENANG NAK BALIK KAMPUNG
DUK RUMAH TOLONG MAK BUAT KERJA RUMAH BUKAN SELALU BOLEH TOLONG
DAH TEMPAT STUDY JAUH...

KALAU YANG PANJANG NIE BEST..
SAMA DENGAN TENGAH TENGAH CUMA TAMBAH 
PERGI MELANCONG/ MENGEMBARA 
MENGEMBARA NIE SEBENARNYA DAPAT MENAMBAH PENGALAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN
DAPAT BELAJAR TENTANG CARA HIDUP MASYAKAT LAIN DAN BOLEH MENIMBULKAN RASA BERSYUKUR DALAM DIRI INI.
AKU SUKA PERGI JALAN-JALAN..
BOLEH JADI TERAPI MINDA..
TENANGKAN MINDA YANG PENAT BEKERJA...


TAPI HOBI AKU TIME CUTI MESTI PERGI JUMPA 2 NENEK AKU YANG MASIH ADA...
KALAU TIDAK JUMPA TU AKU RASA MESTI ADA YANG TAK KENA..
TAK SALAH KITA MEMBAHAGIAKAN MEREKA SEMENTARA KITA MASIH BERNYAWA
WALAUPUN KITA MASIH MUDA TAPI KITA KENA TAHU AJAL TAK KENAL USIA...

CUTI OOO CUTI
MANFAAT LA MASA ANDA DENGAN PERKARA YANG BERFAEDAH DAN BERMAKNA...

Wednesday, 4 November 2015

HOBI


HOBI...
SETIAP ORANG MESTI ADA HOBI MASING-MASING MUNGKIN SAMA ATAU TIDAK.

Bagi aku , hobi aku suka pergi melancong tidak kisah la berkumpulan ataupun bersendirian.
Melancong tidak kisah la dekat tempat sendiri ka atau jauh dari tempat asal.
nak buat macam mana sejak kecil lagi mak aku suka bawa aku melancong.
Setakat nie aku belum pernah melancong keluar negara tapi tunggu ada rezeki nanti aku nak mengembara seleruh dunia.

Sebenarnya lain tempat lain cara hidup masyarakat kat situ.
Masa time sekolah banyak aku join aktiviti lasak.

 Paling jauh pon aku pernah pergi sarawak. Aku pergi dengan sekolah aktiviti kelab mendaki gunung santubong. Best gila panjat gunung tu pada masa tu aku baru form 2 budak-budak lagi memang best la pertama kali naik kapal terbang.. yang paling best bila time sampai puncak  rasa sejuk boleh tengok permandangan indah ciptaan Allah. kat situ kita rasa bertapa kecilnya kita kat dunia ini.



Masa form 3 lepas PMR pulak nak pergi panjat gunung irau an brinchang kat cameron highland , pahang. TAPI Allah tidak izinkan sebab hujan lebat gila pastu ada tanah runtuh so kami terpaksa batal daki gunung tu. pastu sedih gila. tapi cikgu kata kami boleh panjat gunung berembun dekat an tapak perkhemahan kami. walaupon rendah tapi cukup memberi ilmu baru kepada kami semua. PASTU ronda-ronda pekan tanah rata jalan kaki.


masa form 4 banyak tempat juga pergi tapi x ingat la pulak.
yang ingat pergi kelantan. pergi dengan sekolah. kali nie nak daki gunung stong pulak.
kat sini banyak kenangan manis dengan buruk,..
keadaan trek dia boleh tahan bahaya. nak sampai kat tapak perkhemahan dia punya la lama. kat tapak tu kira separuh ja. tapak tu nama dia air terjun jelawang. air dia boleh terus minum sedap. duk kat situ lama jugak dalam 4 hari gitu. masa nak daki pergi puncak macam-macam keadaan trek jumpa. ada jumpa najis gajah. besar...
trek masa nak sampai puncak tu berselut sikit sebab lembab kot. time nak naik puncak tu best sebab naik ikut akar. puncak gunung stong nie sebenarnya macam seketul batu yang besar.
bila dah naik bergambar sakan. pelik kan puncak gunung adalah batu yang besar. itu dinamakan kuasa Allah. masa nak turun balik ke tapak perkhemah mencabar sikit sebab turun trek licin. ramai jugak mesti jatuh walaupon sekali. aku... banyak kali la.. haha...
bila sampai ja terus p mandi kat air terjun best gila sejuk ja...
time nak balik rasa cepat ja turun...
orang tua kata pokok dan rumput dah kenal.


time form 5 habis ja spm pergi melancong kat kelantan terengganu.. yang santai ja. nak panjat gunung musim hujan.. kalau santai kerja apa? shopping ja la..
sebenarnya kita boleh dapat benda yang sama pada lain-lain harga . kena bijak la tengok kedai dia jual berapa.

masuk pulak matrik. dapat pulak yang jauh dari rumah. penag ke melaka. kali satu family melancong sekali dengan hantar aku daftar kat matrik.
bukan senang nak melancong satu family terutama abah aku. abah aku seorang yang suka kerja sangat la payah dia nak cuti. pujuk punya pujuk abah aku nak ikut. itu paling bahagia bagi aku. Ya la bukan senang nak jalan-jalan dengan abah aku satu keluarga. walaupun bagi sesetengah orang kata itu jer. tapi bagi aku amat berharga. payah kot aku nak dapat melancong macam tu.
kami pusing satu bandar melaka tu. lepas berapa hari baru aku daftar masuk matrik..

time masa matrik ajak jugak kawan jalan-jalan melaka.
best tengok tempat orang. macam-macam gaya manusia ada.
gaya bawak kereta pastu jumpa kawan tidak kita dimana hon ja. tak jumpa kawan pon hon tah betul ke tak pak cik teksi tu.. kenangan paling tak lupa bas rempit. dah la kawasan berbukit time nak balik matrik kat masjid tanah. bas tu bawak laju gila pastu ada sebijik kereta nie nak masuk simpang tiba-tiba hampir terlanggar belakang kereta tu selamat pak cik bas tu dan berhenti.. habis terhantuk dalam bas tu. time kat bandar melaka ada jugak sendiket tipu-menipu ramai yang terkena. pengajarannya kita kena hati-hati kat mana pon kita berada.

Habis ja matrik... rasa lega gila... nak kerja mak tak bagi.. apa lagi duk rumah dengan pergi melancong la. tunggu kawan budak diploma duit ptptn masuk baru dapat pergi melancong.
time tu pergi melancong kat langkawi. naik kapal terbang seorang-seorang pulak tu. kerja gila. tapi nak takut apa Allah sentiasa ada. sampai ja kat airport pak cik datang ambik. dia kerja kat sana. nak jalan masa tu kawan dari arau tak sampai lagi. tiba- tiba ada kelas yang tidak boleh ponteng.
so untuk dua hari aku p ronda-ronda kat langkawi sorang. best naik skuter lalu pulak jalan tepi laut memang best. banyak jugak la tempat aku p sorang sementara nak tunggu kawan sampai langkawi..
lepas kawan sampai baru jelajah langkawi betul-betul.
masa jelajah tu jumpa seorang pak cik yang semangat patriotik dan berfikiran panjang dan terbuka banyak la jugak perkongsian dia bagi.
membuatkan rasa diri ini lebih bersemangat gitu...

In shaa allah ada rezeki nak melancong lagi.
Mengembara di dunia Allah ini yang sangat la luas.
sekian terima kasih.


Tuesday, 3 November 2015

NAFSU


APA ITU NAFSU???



MAKSUDNYA

Nafsu bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat. 

Perkataan nafsu boleh digabungkan dengan perkataan lain bagi membawa erti yang lebih khusus, antaranya adalah:-

hawa nafsu, biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan.

Nafsu syahwat pula bererti keberahian atau keinginan/kecenderungan khusus dalam hal berkait dengan seksual.

Nafsu serakah pula bererti nafsu yang tidak ditahan, tanpa batasan dalam segala hal terutamanya dalam hal berkait dengan seksual.



KEBANYAKKAN MASYARAKAT KINI TIDAK KIRA KANAK-KANAK, MUDA ATAUPUN BERUSIA


NAFSUNYA LEBIH KEPADA HAWA NAFSU BERKAITAN MAKANAN.

Hawa nafsu makanan kini sukar dibendung lagi. Masyarakat kini suka makan pelbagai jenis makanan yang tidak berkhasiat pada kesihatan. Mereka mempunyai keinginan yang tinggi dalam membuat keputusan untuk makan. Tambahan pula sekarang zaman teknologi yang semakin berkembang seperti media sosial yang memaparkan gambar makanan yang mengoda selera masyarakat kini.

Punca penyakit kronik atau 3 serangkai di malaysia juga disebabkan makanan.

Walaupun harga makanankian meningkat tetapi permintaan masyarakat bukan berkurang tapi semakin bertambah pula.

Sebagai yang menjaga kesihatan, kita semestinya mengawal hawa nafsu makan kita supaya kita tidak menerima padahnya pada masa akan datang. Mungkin sukar bagai seseorang untuk mengawalnya, tapi kita perlu berusaha sedaya yang mungkin.

SEKIAN TERIMA KASIH.