Tuesday, 3 November 2015

NAFSU


APA ITU NAFSU???



MAKSUDNYA

Nafsu bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat. 

Perkataan nafsu boleh digabungkan dengan perkataan lain bagi membawa erti yang lebih khusus, antaranya adalah:-

hawa nafsu, biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan.

Nafsu syahwat pula bererti keberahian atau keinginan/kecenderungan khusus dalam hal berkait dengan seksual.

Nafsu serakah pula bererti nafsu yang tidak ditahan, tanpa batasan dalam segala hal terutamanya dalam hal berkait dengan seksual.



KEBANYAKKAN MASYARAKAT KINI TIDAK KIRA KANAK-KANAK, MUDA ATAUPUN BERUSIA


NAFSUNYA LEBIH KEPADA HAWA NAFSU BERKAITAN MAKANAN.

Hawa nafsu makanan kini sukar dibendung lagi. Masyarakat kini suka makan pelbagai jenis makanan yang tidak berkhasiat pada kesihatan. Mereka mempunyai keinginan yang tinggi dalam membuat keputusan untuk makan. Tambahan pula sekarang zaman teknologi yang semakin berkembang seperti media sosial yang memaparkan gambar makanan yang mengoda selera masyarakat kini.

Punca penyakit kronik atau 3 serangkai di malaysia juga disebabkan makanan.

Walaupun harga makanankian meningkat tetapi permintaan masyarakat bukan berkurang tapi semakin bertambah pula.

Sebagai yang menjaga kesihatan, kita semestinya mengawal hawa nafsu makan kita supaya kita tidak menerima padahnya pada masa akan datang. Mungkin sukar bagai seseorang untuk mengawalnya, tapi kita perlu berusaha sedaya yang mungkin.

SEKIAN TERIMA KASIH.






No comments:

Post a Comment