Friday, 18 December 2015

Realiti kehidupan makin Hampir



Permulaan Realiti Sebenar

Tahun baru akan menjelang tiba.

Sebagai seorang pelajar yang bijak kita perlu bersedia menghadapi cabaran yang akan dihadapi masa akan datang.

Hidup ini umpama roda ada kala di bawah dan di atas. Biarlah kita belajar berdiri atas kaki sendiri.

Ketepikan ego dalam menuntut ilmu Kosongkan hati kita dengan nilai yang x sepatutnya. Sila buang rasa malas untuk berusaha menuju kebaikan untuk diri kita. Ingat bukan senang ibu bapa kita nak besar kita. Biar pengorbanan mereka berbaloi meskipun tak terbalas jasa mereka.

Menjadi seorang insan jangan lah cepat melatah. Hati hati dalam setiap tindakan kita mungkin ia membawa kepada kebaikan mahupun keburukan. Elak lah diri kita daripada menjadi mangsa keadaan.

Gunakan lah kemudahan teknologi yang ada dengan sebaik mungkin. Cuba hayati nilai bersyukur dalam diri. Sesungguhnya kita masih beruntung kerana dapat belajar walaupun serba kekurangan daripada tak dapat belajar langsung kan.

Apa yang paling penting dalam hidup kita sebagai hamba ALLAH ialah hubungan dengaNya. 

Beramal Bertakwa Berilmu

Epilog

Epilog ialah pengakhiran sebuah cerita

Epilog pengakhiran zaman belasan tahun.

Tahun baharu akan menjelang tiba...

Aku berdoa agar aku masih hidup di muka bumi bila tiba tahun baru masihi menjelang tiba. Tiada siapa yakin yang dia hidup pada masa akan datang . Aku bersyukur kerana di usia belasan tahun nie aku telah berkesempatan menjadi seorang mahasiswa pra-ijazah di universiti di tengah Malaysia.

Itu sejarah yang telah berlalu. Tapi perakhiran usia belasan tahun merupakan titik permulaan sebenar realiti kehidupan di dunia sebenar.

Apa yang aku boleh katakan bersedialah menghadapi cabaran yang perlu dihadapi masa akan datang. Jangan harapkan ada tangan lain yang membantu tapi usaha mengubah hidup kita sendiri tiada siapa yang boleh mengubah diri kita selain diri kita sendiri yang mengubahnya.

Umur belasan tahun mungkin kita perlu atau masih bergantung pada orang lain sebab masih mentah mengenal erti hidup sebenar.
Belajar mengakhiri zaman belasan tahun ini dengan belajar mematangkan diri kita. Berfikir sebelum bercakap,bertindak dan menulis. Berfikir baik buruk dahulu sebelum membuat sesuatu supaya terselamat dari menjadi mangsa keadaan.

Pengakhiran tahun di mana zaman belasan tahun tahun 2015 dengan aku sibuk bakal menghadapi final exam. Yang merupakan titik permulaan peperangan dalam usaha aku menuntut ilmu.

Biar la belajar untuk membantu orang lain namun jangan belajar untuk exam saja sesungguhnya kita yang akan rugi.