Thursday, 3 December 2015

SIBUK

Adakah sibuk menyusahkan diri?
Sibuk akan jejaskan masa lapang?
Sibuk membuat badan rasa letih?

Semua jawapan ada pada diri masing-masing.

Pada aku sibuk tu membuat aku rasa hidup di dunia ini bermakna.
Sibuk bukan sahaja hal dunia tapi hal akhirat perlu diutamakan.
Sibuk buat aku rasa diri ini tak bosan.
Sibuk membuat aku menambah lebih ramai kawan or kenalan.
Walaupun sibuk aku rasa masa lapang aku masih ada.
Sibuk membuat masa yang aku ada digunakan dengan baik
daripada tak sibuk lebih kepada buang masa.
Sibuk membuat diri ini lebih mantang berfikir
Sibuk membuat diri lebih pandai mengurus masa dan buang sikap malas dan suka bertangguh dalam diri ini.
Sibuk tapi masih ingat kepada tanggungjawab kepada ibubapa kita.
Biarlah Hidup DiDunia Ini Aku Sibuk melakukan jihadku agar diakhirat aku dapat merehatkan diri ini.
Apabila kita sibuk kemungkinan besar kita akan lupa nak mencari kesalahan orang lain tetapi sebaliknya memperbaiki diri kita sendiri.
Aku pernah dengar Mak aku kata kalau nak bagi sesusatu kerja tu jadi dan berjaya bagi la kat orang yang sibuk walaupun dia sibuk tetapi dia masih boleh melakukan tugasan dengan baik. awat macam tu pulak, orang yang sibuk selalunya pandai mengbahagikan masa dia dengan baik dan bijak mengatasi masalah bukan salahkan masalah. 
Sibuk membuat badan rasa letih. ya memang aku tak nafikan
walaupun letih aku rasa baik daripada tak sibuk.
sebab bila rasa letih aku akan tidur lebih nyeyak lagi ada daripada tak sibuk aku susah nak tidur.

Sampai sini ja kot.
SIBUK KAN LAH DIRI ANDA DENGAN PERKARA BERFAEDAH.


No comments:

Post a Comment