Friday, 18 December 2015

Realiti kehidupan makin Hampir



Permulaan Realiti Sebenar

Tahun baru akan menjelang tiba.

Sebagai seorang pelajar yang bijak kita perlu bersedia menghadapi cabaran yang akan dihadapi masa akan datang.

Hidup ini umpama roda ada kala di bawah dan di atas. Biarlah kita belajar berdiri atas kaki sendiri.

Ketepikan ego dalam menuntut ilmu Kosongkan hati kita dengan nilai yang x sepatutnya. Sila buang rasa malas untuk berusaha menuju kebaikan untuk diri kita. Ingat bukan senang ibu bapa kita nak besar kita. Biar pengorbanan mereka berbaloi meskipun tak terbalas jasa mereka.

Menjadi seorang insan jangan lah cepat melatah. Hati hati dalam setiap tindakan kita mungkin ia membawa kepada kebaikan mahupun keburukan. Elak lah diri kita daripada menjadi mangsa keadaan.

Gunakan lah kemudahan teknologi yang ada dengan sebaik mungkin. Cuba hayati nilai bersyukur dalam diri. Sesungguhnya kita masih beruntung kerana dapat belajar walaupun serba kekurangan daripada tak dapat belajar langsung kan.

Apa yang paling penting dalam hidup kita sebagai hamba ALLAH ialah hubungan dengaNya. 

Beramal Bertakwa Berilmu

Epilog

Epilog ialah pengakhiran sebuah cerita

Epilog pengakhiran zaman belasan tahun.

Tahun baharu akan menjelang tiba...

Aku berdoa agar aku masih hidup di muka bumi bila tiba tahun baru masihi menjelang tiba. Tiada siapa yakin yang dia hidup pada masa akan datang . Aku bersyukur kerana di usia belasan tahun nie aku telah berkesempatan menjadi seorang mahasiswa pra-ijazah di universiti di tengah Malaysia.

Itu sejarah yang telah berlalu. Tapi perakhiran usia belasan tahun merupakan titik permulaan sebenar realiti kehidupan di dunia sebenar.

Apa yang aku boleh katakan bersedialah menghadapi cabaran yang perlu dihadapi masa akan datang. Jangan harapkan ada tangan lain yang membantu tapi usaha mengubah hidup kita sendiri tiada siapa yang boleh mengubah diri kita selain diri kita sendiri yang mengubahnya.

Umur belasan tahun mungkin kita perlu atau masih bergantung pada orang lain sebab masih mentah mengenal erti hidup sebenar.
Belajar mengakhiri zaman belasan tahun ini dengan belajar mematangkan diri kita. Berfikir sebelum bercakap,bertindak dan menulis. Berfikir baik buruk dahulu sebelum membuat sesuatu supaya terselamat dari menjadi mangsa keadaan.

Pengakhiran tahun di mana zaman belasan tahun tahun 2015 dengan aku sibuk bakal menghadapi final exam. Yang merupakan titik permulaan peperangan dalam usaha aku menuntut ilmu.

Biar la belajar untuk membantu orang lain namun jangan belajar untuk exam saja sesungguhnya kita yang akan rugi.

Tuesday, 8 December 2015

COKLAT

MAKANAN KEGEMARAN COKLAT

apa yang best sangat coklat nie???
selalunya rasa coklat manis dan sedap...

cerita pasai coklat nie
aku paling suka coklat daim yang susah nak dapat tu..
dengaq owg nak p langkawi ja aku mesti kirim suruh tolong belikan coklat daim tu...
tak tau la apa yang sedap sangat kat coklat tu...
masa aku p langkawi sendiri
aku borong sakan coklat tu sampai  berat beg aku balik penang.
family aku pon suka coklat tu sat ja abis coklat yang banyak tu..
tapi kalau orang bagi coklat bar aku tak berapa suka sangat.
aku suka biji-biji . macam isi dia kismis...

Hasil carian imej untuk coklat daim

coklat yang paling mahal setakat yang pernah aku makan yang mak cik aku bagi dia beli kat oversea kalau tak silap australia kot...

Hasil carian imej untuk coklat australia
bukan jenama nie tapi rupa lebih kurang macam nie la

masa aku p langkawi aku ada jugak beli coklat antara yang mahal kt malaysia 
apa tu orang panggil  Ferrero Rocher
kat langkawi coklat nie memang murah so beli bawak balik bagi family aku merasa makan coklat nie
coklat nie memang sedap..

Hasil carian imej untuk coklat ferrero rocher

ada lagi satu coklat yang aku suka beli bila p shopping mall
coklat tu ada gambaq gunung gitu sedap 
nama dia toblerone

Hasil carian imej untuk Toblerone coklat
memang sedap...

coklat yang selalu sangat aku duk beli coklat kitkat
rasa memang manis
tapi x boleh makan banyak sangat sat g kencing manis pulak..
satu sebab aku suka beli kitkat ialah selalu ada cawan free gift. yang best nya warna merah 
warna yang aku suka...
kalau duk promosi kat aku benda yang berwarna merah kat aku peratusan aku beli tu tinggi kalau warna lain susah la aku nak beli hehehe...

Hasil carian imej untuk kitkat
kalau kt langkawi macam macam jenis kitkat ada rambang mata aku nak pilih...

PROLOG

Apa itu PROLOG?
PROLOG adalah pembukaan sesebuah cerita.

Contoh Permulaan Sebuah cerita.

AL KISAH 
SI ULAT BUKU

Pada pagi yang hening, Amira sedang mengulang kaji pelajaran bagi persediaan menghadapi peperiksaan akhir untuk sem 1. Amira merupakan seorang pelajar tahun satu di universiti awam di selatan selangor. "ehh, awainya hang bangun study nie", kata fatimah yang merupakan teman sebiliknya atau "roommate". "besa ja aku rasa. hang timah tak mau study sekali ka? " balas amira. " aku??? nanti-nanti la". " ikot hang timah ooo".
Fatimah menyambung tidur kembali tinggal amira berseorangan study di awal pagi.
 Apabila Fatimah bangun dari tidur amira sudah selesai study nya. Amira menyambung membaca buku buku ilmiah.
" aku duk perati hang nie dari awal aku kenal hang lagi. awat la hang nie tak dapat berpisah dengan buku tu?" kata fatimah. " buku buku nie ibarat kekasih aku la."  balas amira. 
"hang tak dak hobi lain ka selain duk baca buku buku nie?"
"aku ada ja hobi lain. nak tau apa dia?"
" benda apa?"
" kerja p library pinjam buku. haha"
"buku lagi. hang nie memang ulat buku la"
"daripada hang duk tanya aku macam macam nie jom hang ikut aku p library petang sat g.hang mau dak?
“boleh gak. Bosan aku duk kat bilik nie.” balas Fatimah.

Contoh diatas tiada kaitan dengan yang masih hidup atau meninggal dunia. Hanya rekaan semata-mata. hehe....

Thursday, 3 December 2015

SIBUK

Adakah sibuk menyusahkan diri?
Sibuk akan jejaskan masa lapang?
Sibuk membuat badan rasa letih?

Semua jawapan ada pada diri masing-masing.

Pada aku sibuk tu membuat aku rasa hidup di dunia ini bermakna.
Sibuk bukan sahaja hal dunia tapi hal akhirat perlu diutamakan.
Sibuk buat aku rasa diri ini tak bosan.
Sibuk membuat aku menambah lebih ramai kawan or kenalan.
Walaupun sibuk aku rasa masa lapang aku masih ada.
Sibuk membuat masa yang aku ada digunakan dengan baik
daripada tak sibuk lebih kepada buang masa.
Sibuk membuat diri ini lebih mantang berfikir
Sibuk membuat diri lebih pandai mengurus masa dan buang sikap malas dan suka bertangguh dalam diri ini.
Sibuk tapi masih ingat kepada tanggungjawab kepada ibubapa kita.
Biarlah Hidup DiDunia Ini Aku Sibuk melakukan jihadku agar diakhirat aku dapat merehatkan diri ini.
Apabila kita sibuk kemungkinan besar kita akan lupa nak mencari kesalahan orang lain tetapi sebaliknya memperbaiki diri kita sendiri.
Aku pernah dengar Mak aku kata kalau nak bagi sesusatu kerja tu jadi dan berjaya bagi la kat orang yang sibuk walaupun dia sibuk tetapi dia masih boleh melakukan tugasan dengan baik. awat macam tu pulak, orang yang sibuk selalunya pandai mengbahagikan masa dia dengan baik dan bijak mengatasi masalah bukan salahkan masalah. 
Sibuk membuat badan rasa letih. ya memang aku tak nafikan
walaupun letih aku rasa baik daripada tak sibuk.
sebab bila rasa letih aku akan tidur lebih nyeyak lagi ada daripada tak sibuk aku susah nak tidur.

Sampai sini ja kot.
SIBUK KAN LAH DIRI ANDA DENGAN PERKARA BERFAEDAH.


Wednesday, 2 December 2015

N.A.S

N.A.S
Nasi Ayam Singapura


Untuk minggu nie nak kongsi resepi pulak..
Resepi berkenaan nama sendiri N.A.S
mesti dah tau resepi apa kan...
kan ada kat tu...

Apa dia??

Nasi Ayam Singapura

Ok mula sekali mesti kena ada bahan dia dulu
kalau tiada atau bahan tak cukup kena p beli dulu.

Bahan 

Bahan Untuk Ayam
1 ekor ayam ~ dipotong empat dan dibersihkan
5 sudu makan gula merah 
3 liter air
1/2 inci halia ~ di tumbuk
1 pati ayam
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
Madu dan minyak masak secukupnya

Bahan Nasi Ayam 
500 gm beras ~ dibasuh dan ditoskan
2 helai daun pandan
15 gm halia ~ dihiris
Sedikit garam
Air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi

Cara nak buat nasi nie...



Mula-mula kita Rebus ayam dahulu.

Masukkan ayam kedalam periuk bersama kiub ayam, gula merah, air, halia dan bawang putih. 

Rebus hingga separuh masak dan diangkat. 

Simpan air rebusan untuk memasak nasi dan juga untuk dijadikan sup.

Salutkan ayam yang telah di rebus bersama madu dan minyak masak secukupnya.

Panaskan oven pada suhu 180'c dan bakar selama 10 minit atau sehingga kulit ayam menjadi garing keemasan. 

Ita tak bakar ita salut ayam dengan madu dan goreng dalam minyak panas

Bila dah siap ketepikan

* ayam ni kita bakar atau goreng setelah nasi dan sup kita siap di masak. Makan masa ayam panas-panas memang sedap! 



Untuk nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering. 
Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, halia yang dihiris dan daun pandan sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras. 
Jika perlu, tambahkan air dan juga sedikit garam. 
Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak. 

Bila nasi dah masak apa lagi hidangkan dan makan la..
Baca doa dulu sebelum makan tu..